Saturday, April 18, 2015

Resepi : Redvelvet Chocolate Chip Cookies

Assalamualaikum. Harini sangat excited. Sebab barang order online dah sampai! Yahuu…!

Punya lah pemalas aku rasa, sampai perencah tomyam ngan kari pun order online. Tapi kali ni aku order oven dan hand mixer. Dulu rajin kejap baking. Pastu malas. Pastu ni mood rajin datang balik. Semoga tak semangat mula-mula jelah.

Benda first yang ku rasmikan oven ialah bakar red velvet chocolate chip cookies. Resepi ni diambil dari blog azlitamasammanis.com . Memang envy sangat gaya akak ni. Dah la pandai membaking, kreatif habis pulak tu. Selalu berangan baking nak hasil macam dia, tapi kesudahnye jadi hampeh. Imaginasi tak selari dengan tangan. Hahah


Red Velvet Chocolate Chip cookies:
  • 120g tepung gangdum
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 50g tepung beras
  • 120g butter/marjerin
  • 10g minyak sapi
  • 100g gula castor
  • ½ sudu besar pewarna merah
  • 1 biji kuning telur
  • ½ sudu kecil esen vanila
  • 50g badam cincang dibakar dalam oven selama 5 minit pada suhu 170◦c
  • 50g chocolate chips
Cara-cara:
1.       Panaskan oven pada 150◦c selama 15 minit
2.        Ayak bahan kering-gandum, serbuk koko, tepung beras dan ketepikan
3.       Pukul butter, minyak sapi, dan gula dengan mixer sampai warna kuning pucat
4.       Masukkan kuning telur dan esen vanilla
5.       Masukkan tepung gandum-gaul pakai senduk kayu atau spatula
6.       Masukkan badam dan chocolate chips- adun sebati
7.       Cedukkan kecil-kecil pakai sudu teh sebab nanti biskut jadi gajah macam saya buat. Haha

8.       Bakar 150◦c selama 20 minit


putar putar
tambah badam
tambah choco chips

ready untuk bakar

Selamat mencuba! Nak sambung makan. Kbai!




4 comments:

  1. sedapnya... eija pnh juga ambik resepi ni dr blog kak ita tpi smpai hari ni tak mencuba lagi.. hahaa. pemalas kaedahnya :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus cuba!sedap sangat tak sedar dah makan separuh. nampak mcm susah tapi senang sangat

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...